16 September hari Malaysia kan.. so UPMKB cuti, semua U pun cutilah kan. Hari ni sebenarnya ada sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di kawasan Airport.

tapi malas mau keluar. Mahaii tambang kalau macam orang lain bawa motor, kereta tu bolehlah keluar .

Aku ni lesen pun tiada ada hati mau bawa kenderaan hahaha. Setakat bawa merempit tu pandailah tapi kalau kena saman.. sia-sia duit melayang… 

Btw, kami ada sukaneka hari ni. Start jam 8 pagi hingga 5 petang. Jumaat hingga ahad ni. Ahad kira penutupanlah kan. 

So saya join “bowling kelapa” and “human chess” bowling kelapa kami masuk semi final. Entahlah petang ni boleh menang or tidak. Hopefully menanglah kan. Haha. Lagi pun team A and team B dua-dua masuk  semi final. So alang-alang sudah masuk semi final. Masuk finallah lagi bagus. Haha

Human chess tu esok. Aku manalah tau main chess ni . Sebab tu aku tolong buat props saja semalam. Tapi rupa-rupanya saya kena main juga. Adoii .tapi masa main nanti, rasanya nda mau datanglah hahaha.

Galah panjang aku tidak ikut. Malas. Tapi team kami masuk final. Tidak sangka hebat juga Batch aku ni hahaha

Ahad ni pula ada colour run ni lebih kepada charity . Ada yuran untuk join ni dapat baju, beg. Nanti lepas habis acara income kelab BioInc ni akan masuk ke tabung BioInc sendiri and akan didermakan juga kepada pihak tertentu.. macam rumah anak yatim gitulah. Bagus juga aktiviti macam ni sebenarnya .

Danish ajak ikut syarahan. Tapi malaslah. Bukan ada experience pun. Tapi kalau aku ada mood ikut benda ni .. boleh saja tu sebenarnya hahahaha temberang betul.

Ni Sumi(kiri) and Bayce (kanan) dorang ni join futsal. Tapi sumi cedera. And then first game kalah 2-0 hahaha

Sedang menunggu perlawanan bermula

Me and the geng. 

Ni sedang berlangsung perlawanan futsal antara pelajar perempuan. Pelajar Diploma sedang main.

Paling manang buat props

Ni budus skit sbb pagi tadi tidak pakai topi sekarang ni baru sedar teriknya matahari. Sunburn sdh gelap tambah gelap

Huhu Bowling Kelapa ni lah antara game paling soii bagi aku ahaha sebab sepanjang game aku tidak dapat satu pun. Tapi kalau praktis ada pula. Siap strike sekali lagi huhu . Apalah nasib aku ni haha

Pejuang bowling kelapa berjaya haha

Advertisements