Direct to the point lah kan, mimang betul-betul bezalah kehidupan di matriks dengan di U ni. 

Kalau dulu di matriks, hmm masih ingat lagi setiap minggu kalau hari sabtu keluar pergi bandar dengan kawan-kawan beli barang. Ahad pula pergi church. Memang bonding tu kuat arr. Lepas tu kalau segi jadual memang agak packed ar di matriks. Tambah lagi aktiviti-aktiviti kolej. Selalunya malam pun ada class. Di U ni pula. Kalau dari segi jadual memang tidaklah pack sangat . Tapi ada hari-hari tertentu tu memang pack gilaaa.. lepas tu aktiviti U pun sama juga malar panjang aktivitinya weii. Kadang-kadang malaslah join. Kecuali Diwajibkan

Sometimes, kalau dulu senanglah juga jumpa lecturers dekat matriks tu tempat tidak jauh pun and cuma kitaorang ja kan. Tapi di U ni agak susah sedikit kalau mau jumpa lecturers, sebab dorang ni kadang-kadang busy dengan kerja lain and ada antara dorang ni yang sambung belajar sambil kerja. Lagi pula bilangan pelajar yang agak ramai tu salah satu lagi faktor yang menyukarkan pelajar U jumpa lecturer. So better tanya terus dalam class or masa lecture kalau ada yang tidak difahami.

Tapi aku ni kira bertuah sangatlah sebab senang mau jumpa lecturer di UPMKB ni. Cuma lantak kaulah malas or rajin jumpa lecturer kan. Tapi kadang-kadang lecturer ni busy juga. Aritu aku pergi jumpa PA, sampai empat kali ulang-alik baru terjumpa weii. PA ni macam personal assistant lah konon. Saya dapat En. Philip beliau ni ajar Buku Hijau. Untunglah aku ni dapat PA yang sporting. 

Lari topik pula, okay lagi satu. Kalau di U umur kita ni berbeza even satu kelas ada yang 3 tahun beza haha. Kalau di matriks seusia or tua/muda setahun saja. Tapi bagi aku umur tu tiada masalah sangatlah. As long as saya dapat communicate dengan dorang ni kira okaylah. 

Lepas tu kalau di matriks memang tidak risau sangat ada elaun, Tinggal dalam kolej. Yuran murah. Sebab kerajaan tanggungkan. 

Di U ni, tiada elaun. Ada PTPTPU ( oppss) PTPTN, atau biasiswa. Yang dapat biasiswa tu huntonglah kan. Even kawan aku budak poplet di matriks dulu pun tidak dapat biasiswa. Apatah lagi aku ni yang tidak menyentuh pun poplet haha. Lepaih tu di U kau memanglah tinggal dalam U untuk 1st year. Lepas tu ahhh pandai-pandailah mencari tempat tinggal untuk tahun seterusnya kecuali kau ni ahhh budak aktif beno di U akan dipertimbangkanlah permohonan kaj tinggal dalam blok kediaman. 

Tapi sekali lagi aku mau highlightkan. Aku ni cukup beruntung sebab 4 years disini. Tidak perlu cari tempat tinggal lain. Memang kena tinggal dalam U. Huntungkan haha. 

Itulah serba sedikit beza Uni dengan matriks. Banyak lagi sebenarnya perbezaan tapi aku malas mau taip. 

Tapi di bawah ni gambar-gambar kawan aku and aktiviti aku di matriks dulu *promote shikittt* 

Aku jadi emcee untuk acara kolej. 

Group discussion untuk MUET. malangnya Ain terpisah dengan group kami gara-gara sorang kawan keluar kolej tidak urus ikut prosedur, so namanya masih dalam sistem

Ni Dinner dengan church member. Rindu weii dengan dorang ni. Masa ni masih muda-muda. Depan sekali pegang budak laki tu Sis Michelle. Dia senior kami. Baik orangnya. Kalau aku cakap baik tu memang baiklah tu haha

Ni gambar terakhir sebelum keluar kolej. Bunga sakura KML ni selalunya bulan april macam tau-tau saja kami mau balik. Ni dekat Blok F

Ahhh gambar atas ni semasa kami sudah habis exam. Sebelum balik kampung masing-masing, stay di church dulu. And this is my first time main bowling. Haha. Tapi okaylah juga. 

Antara geng-geng aku main volleyball di matriks dulu. Ramai lagi sebenarnya tapi masa ni ja yang sempat bergambar. Masing-masing membawa diri sudah ..

Church member yang palinggg aku sayang. macam satu keluarga sudah kami ni. Jemaat sana SIB Pohon Batu saya cakap memang tebaiklah. Peramah and sporting. 

So, gunakan masa yang ada semasa masih diberikan peluang and create lah moment banyak-banyak as u can bawa and remember that memories forever and ever chewah ayat power aku ni hahaha