Semalam ada perjumpaan, disini untuk unit beruniform cuma ada Pengakap, kalau di serdang tu banyak berlambak. Hahaha. Tapi aku tidak kisah sebenarnya benda ni. 

Tapi di UPMKB ni pengakap berkredit so kenalah juga ambik.. start sem 1 -sem 4 if i’m not mistaken lah .. 

En. Noor Hakim and En. Zainudin (sorry kalau salah nama aku orang baru kkiki), mereka ni lah yang akan menjadi pengajar kitaorang sini. 

Sebenarnya ni perjumpaan kedua, hari tu gather ramai-ramai dengan semua pelajar yang under pengakap ni. Tapi masa tu aku lambat masuk. Malunya dengan keadaan yang berpeluh masa masuk bilik pengakap . 

Bilik pengakap ni dekat saja sebenarnya, kalau ambik duit di CIMB ATM tu ahh aras atas tu bilik pengakap yang kami boleh guna untuk berkumpul.

Aku ni manalah tau hal berkaitan pengakap ni. Kalau dibandingkan adik aku form 5 sekarang tu, hahaha boleh ketawa weii. Dia tu memang ambik pengakap dari sekolah rendah. Aku dulu sekolah menengah form 4-5 masuk St.John sebab unit ni tidak aktif sangat haha. Masuk St.John dapat pula jadi pengerusi. Jadilah wakil sekolah untuk perkhemahan pendidikan luar sekolah 1 Malaysia di Kem Pinawantai, Kudat dulu. Best masa tu. Tapi tu sejarah lalu yang tidak berkaitan dengan pengakap. Ikatan simpul manuk pun aku sudah lupa haha 

Kalau tanya pandai buat CPR or not. Jawapan saya “i don’t know at all”  kiukiukiu 

Btw, habis perjumpaan jam 10.30 macam tulah. Laparrr. Nasib baik sudah bungkus makanan tadi and simpan dalam bilik. 

Esok program starting school pulaaaa .. entah apa bendalah starting school ni. Nantilah saya ceritakan kalau ada masa free. 

Ni serba sedikit gambar yang saya ambik sembunyi-sembunyi masa perjumpaan tadi ngeee

Advertisements