Macam tiada topik lainkan. Haha sukati ku lah blog aku kan haha.. okay, harini saya dan Finaz pergi hospital Bintulu ni, sebab register haritu kitaorang tidak hantar borang medical check up (MC). UPM punya orientasi ni lebih kurang seminggulah so selesai hari sabtu klinik tutup. Terpaksalah pergi hari ni… sebab kelas cancel. Sedihnya kelas cancel … hahaha sedihlah sangat

Btw, perjalanan dari UPMKB ke Hospital Bintulu lebih kurang 15 minutes sja. Tapi tambang bukan main mahaiiii .. nasib baik first jalan ikut pelajar UPM yang ada bawa kereta sendiri so dia just minta Rm15.00 saja.

Sampai di Hospital terus pergi kaunter pendaftaran ambil nombor and tunggu turnlah kami ni. Yaaa ampunnn rupa-rupanya mesti bawa sekali surat tawaran dari UPM kalau mau buat Medical Check Up ni. 

Masa tu punyalah sakit hati. Manalah aku tau kan mesti ada surat tawaran juga ingatkan borang yang berkaitan dengan medical check up saja perlu dibawa. Masa tu saya dan Finaz cuba cari caralah

Kami tried cari cyber berdekatan manalah tau boleh cek dalam website UPMKB. Malangnya tidak dapat. So next plan kami call kawan untuk snapkan surat tawaran tu. Tapi my roomate still tidak angkat phone may be di busy or masih tidur haha 

Nasib badanlah yaa sebab finaz ada cousin kerja di Hospital ni so dia hantar pergi balik UPMKB untuk ambil surat tawaran and then patah balik ke hospital. 

Sampai hospital pergi kaunter pendaftaran. Bayar rm1.00 seorang yerr haha 

Second pergi kaunter 1. Staff di kaunter tu suruh pergi bilik 3. Tunggu Doktor panggil. First kitaorang check mata, rabun or tidak rabun. Juga untuk rabun warna. Aku pass wei dua-dua. Untuk rabun warna of courselah aku pass tapi kalau pasal rabun hmmm . Abnormal. Fahamkan abnormal? Aku pakai spec lah beb haha

Lepas tu Doktor yang sopan santun tu, entah siapa nama dia tu yang pasti dia pandai layan orang . Suruh pergi makmal. Before that, kena ambil spesimen air kencing . Sebab masa dalam bilik 3 sudah dibagi botol kecil.

Pergilah tandas korang taulah kan macam mana ambil spesimen air kencing, keluar dari tandas, depan tandas tu ada tingkap kecil untuk masukkan botol kecil yang berisi air kencing tu.

And then, pergi kaunter and tunggu dipanggil. And then kami dipanggil untuk ambil darah. Ingatkan banyak sangat doktor tu ambik, rupanya sedikit sja. Tidak sakit pun. Lagi pun dulu di matriks aku buat sendiri experiment ambil darah and check blood group tu. So manalah aku tidak biasakan. 

Lepaih tu … pergi pula makmal X-ray. Masa tu adalah 2 or 3 orang menunggu giliran. Sorang pelajar perempuan tu disuruh buka baju di bilik persalinan pakaian and disuruh pakai pakaian yang memang khas untuk x-ray. Aku pula di suruh masuk. Ingatkan kena buka baju juga rupanya tidak perlu. Peluk alat untuk ambil gambar x-ray. Just 5 sec siap sudah o . Hahaha 

Last section adalah bahagian klinik pergigian. Naik aras atas. And then masuk jumpa staff di kaunter and tunggu no di panggil. Sampai giliran aku, masuk bilik 3 ada tiga orang dalam tu. Biasa-biasa saja cek gigi ni sekejap juga . Selesai and then baliklah kan. So saya kena tunggu 2 weeks untuk dapatkan result. So hujung bulan ni kena keluarlah lagi huhu. Btw, ini first time keluar dari UPMKB dengan finaz, and dibandar jumpa pula classmates haha. 

That all. Apa-apa boleh tanya kalau aku tau bolehlah aku jawab kalau tidak. Apa boleh buatkan… 

Advertisements